Wednesday 27 July 2011

Antara Berniaga & Makan Gaji.. mana lebih baik?


Ini adalah satu persoalan yang kadangkala boleh menjadi sesuatu yang hangat untuk diperbincangkan.

Orang2 yang makan gaji biasanya akan memberikan hujah..

” Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala”
” Syarikat tempat saya bekerja amat bagus, selain dapat gaji yang tinggi, mereka turut memberikan saya perlindungan insurans, potongan KWSP, elaun rumah & kereta serta tanggungan perubatan untuk saya sekeluarga.”
” Saya kerja kerajaan, bila dah tua nanti senang! Dapat duit pencen!”

Manakala orang yang berniaga pula akan berkata..

“Berniaga lah bagus.. kan 9/10 rezeki tu adalah dari perniagaan”
“Dengan berniaga sendiri, saya adalah bos dan saya bebas untuk melakukan apa yang saya suka..”
“Haw! haw! haw!…Pendapatan saya kini adalah 9 kali ganda lebih banyak dari pendapatan sewaktu bekerja makan gaji dulu.”
Bila memikirkan persoalan ini, kadangkala, ia membuatkan saya merasakan seperti, berhenti kerja dan membuat perniagaan sendiri sepenuh masa itu adalah lebih baik, tetapi kadangkala, pada satu-satu masa, saya merasakan, bekerja makan gaji itu pun sesuatu yang baik juga.
Sehinggalah suatu hari, saya berbual dengan seorang pakcik yang telah bekerja makan gaji seumur hidupnya… saya bertanyakan beliau, mengapa beliau masih terus bekerja walaupun umurnya sudah melebihi umur pencen? Tidak teringinkah membuka perniagaan sendiri? dan saya turut bertanyakan pendapat beliau tentang persoalan diatas, mana yang lebih baik diantara makan gaji dengan berniaga sendiri?.
Dan jawapan beliau….

“Sebenarnya… ia bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik… asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan! Itu lah yang terlebih baik.”

Pling!…
Selepas itu saya tersedar… sesetengah orang sememangnya amat gembira untuk bekerja makan gaji. (Yer! Saya jumpa ramai orang macam ini) . Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.
Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka perolehi dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.

Jadi? Apa masalahnya?… As long as you happy… it’s a great thing, isn’t it?…

Sesetengah orang memang tidak mengimpikan untuk menjadi jutawan, dan sesetengah orang memang tidak boleh bekerja atas arahan orang lain.
Walau apa pun pilihan anda…. antara makan gaji dengan berniaga sendiri? Pastikan anda gembira melakukannya…

perjalanan seorang chef...


untuk menjadi seorang chef ianya memerlukan latihan dan pengalaman yang luas ataupun tidak memerlukan pengalaman, bergantung kepada arah manakah yang anda ingin tuju.  sekiranya anda ingin bekerja di restoran makanan segera , anda tidak memerlukan sijil atau diploma kerana boleh dikatakan anda ada menerima latihan semasa atau sambil bekerja setiap hari. walau bagaimanapun sekiranya anda ingin bekerja sebagai chef di hotel atau restoran kelas atasan anda perlu memiliki sekurang kurangnya diploma dari mana mana intitusi pengajian tinggi atau kolej swasta . walaubagaimanapun setelah tamat belajar anda perlu mula bekerja dari bawah sebelum menjadi seorang chef. hakikat ini lah yang sukar diterima oleh kebanyakan lepasan  university atau kolej. berbanding dengan Lepasan pelajar bidang perakaunan, arkitek atau engineer yang mana mereka akan ditawarkan jawatan yang agak tinggi dengan gaji yang lumayan sekiranya memperolehi segulung diploma atau ijazah. bidang kerjaya sebagai tukang masak sememangnya memerlukan pengalaman yang luas disamping pengalaman theorikal yang di pelajari semasa di kolej. dunia realiti yang terpaksa diharungi semasa bekerja di restoran atau hotel amatlah mencabar sama sekali. kekuatan mental dan fizikal amat penting. persaingan sesama tukang masak yang berlatarbelakangkan pengalaman bertahun tahun di dapur membezakan antara setiap individu. ada yang tidak mempunyai sebarang sijil atau diploma tetapi pengalaman selama 10 tahun di dapur sudah cukup untuk membezakan dirinya dengan seorang pelajar lepasan kolej yang berpengelaman bak kata pepatah ~ baru setahun jagung. isu realiti seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana oleh setiap graduan lepasan kolej. pengalaman di kolej tidak diperolehi oleh individu yang di luar sana yang tidak belajar di kolej. namun, saya telah melihat dan bekerja dengan ramai chef yang tidak mempunyai apa apa Sijil atau Ijazah namun berjaya di  dapur  hotel. ada yang buta huruf tetapi bekerja di segala pelusuk dunia berbekalkan pengalaman dan skil memasak yang tinggi.mereka ini pada tahap awal penglibatan diri di dapur mempunyai kecekalan hati dan sentiasa ingin maju ke hadapan. bekerja siang malam semata mata untuk menimba ilmu kerana mereka tahu mereka tidak mendapat pendidikan formal untuk menjadi seorang chef. bagi yang mempunyai kelayakan akedemik pula, mereka perlu mendemonstrasikan kelayakan mereka untuk menunjukkan apa yang mereka perolehi atau pun ada pada diri mereka supaya dapat menonjolkan diri mereka yang ingin terus maju kehadapan. sikap ~ low profile hanya akan menjahanamkan diri sendiri yang mana semua mata akan tertumpu pada anda yang kononnya graduan lepasan kolej yang mempelajari selok belok untuk menjadi seorang chef. dapur adalah suatu tempat yang suasananya panas, senang mendapat tekanan mental dan fizikal dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam melakukan sebarang aktiviti harian. seorang chef perlu sentiasa mengawal emosi semasa bekerja pada setiap masa. tekanan akan datang dari setiap sudut baik dari diri sendiri mahupun keadaan sekeliling.
kesimpulannya, anda perlu ada sifat tabah,sabar dan bersungguh. anda perlu bersungguh untuk bersaing memajukan diri sendiri, anda perlu banyak bersabar dalam mengharungi setiap tekanan yang sedia ada dan anda perlu tabah menerima teguran dan kritikan dalam penyediaan semua masakan yang diilhamkan atau yang dipersembahkan pada setiap diri individu di luar sana , di dunia realiti… oleh chef mohd faizal